Pilihan Bahasa

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS DI RUMAH, MASS CPR DAN AED

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS DI RUMAH, MASS CPR DAN AED

Hospital Selayang melalui Komiti Resusitasi HSEL, dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Templer, telah menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas di Rumah, Mass CPR dan AED pada 10 Ogos 2025, Auditorium HSEL. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Puan Anfaal Shaari, ADUN Kawasan Templer merangkap EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat.

Seramai 50 peserta telah diberi pendedahan berkaitan teknik menyelamat nyawa merangkumi asas CPR, penggunaan AED, serta langkah-langkah pertolongan cemas di rumah.

Pihak Hospital Selayang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Aida binti Amir, Timbalan Pengarah Hospital Selayang I; Dr. Nor Khatijah Ahmad, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang, yang turut memberi perkongsian ilmu dengan penuh dedikasi serta Tuan Mohd Montazeri bin Nordin, Ahli Majlis MPS Zon 11, atas sokongan yang diberikan.

Penghargaan turut diberikan kepada Puan Yaumezah, Penyelia PWB Taman Templer, atas usaha dan kerjasama yang telah memastikan kejayaan program ini.

cpr5

cpr4

cpr2

cpr3