Berita
KURSUS "UNDERSTANDING CHILD DEVELOPMENT FROM SYNAPSE TO SOCIETY" ANJURAN JABATAN PEMULIHAN CARA KERJA, HOSPITAL SELAYANG
KURSUS "UNDERSTANDING CHILD DEVELOPMENT FROM SYNAPSE TO SOCIETY" ANJURAN JABATAN PEMULIHAN CARA KERJA, HOSPITAL SELAYANG
Pada 17 dan 18 Julai 2025 yang lalu, Jabatan Pemulihan Cara Kerja (Unit Pediatrik), Hospital Selayang telah menganjurkan Kursus "Understanding Child Development from Synapse to Society" bertempat di Bilik Seminar, Kompleks Sukan Hospital Selayang. Kursus dua hari ini telah dirasmikan oleh Dr. Siti Fadzilah Bt Agus, Timbalan Pengarah Perubatan 3 Hospital Selayang.
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk:
- Meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang terapi cara kerja
- Memastikan penilaian dan intervensi yang lebih tepat terhadap kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan
Kursus ini merangkumi pelbagai sesi ceramah ilmiah dan sesi praktikal interaktif yang telah berjaya menarik minat serta mendapat maklum balas yang amat positif daripada para peserta. Antara penceramah jemputan yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman termasuklah:
- Puan Anna A/P Krishnan
- Puan Jannah Binti Hamid
- Rehameds
Ucapan penghargaan dan terima kasih turut ditujukan kepada semua urusetia, peserta dari hospital dibawah kluster KKV 1 dan negeri selangor, serta pihak Pengurusan Hospital Selayang atas sokongan yang diberikan.
Semoga segala ilmu yang dikongsi dalam kursus ini dapat dimanfaatkan dan diterapkan dalam amalan kerja seharian demi kesejahteraan perkembangan anak-anak yang memerlukan.
Bersama-sama kita memperkasa intervensi awal untuk masa depan yang lebih baik.




