Pilihan Bahasa

DISASTER LIFE SUPPORT (DLS) 2025: MEMPERKASA BARISAN HADAPAN BENCANA

DISASTER LIFE SUPPORT (DLS) 2025: MEMPERKASA BARISAN HADAPAN BENCANA 

DISASTER LIFE SUPPORT (DLS) 2025: MEMPERKASA BARISAN HADAPAN BENCANA telah berlangsung pada 20–22 Mei 2025 di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Selayang.

Turut hadir mewakili Pengurusan Tertinggi Hospital Selayang ialah Dr. Mohd Fadzli bin Ariffin, Timbalan Pengarah Perubatan II dan Dr. Siti Fadhilah binti Agos, Ketua Penolong Pengarah Kanan sebagai sokongan terhadap usaha meningkatkan kesiapsiagaan pengurusan bencana dan pengetahuan asas CRBNE (Chemical, Radiological, Biological, Nuclear, Explosive).

Modul Disaster Life Support (DLS) 2025 menghimpunkan seramai 50 peserta yang terdiri daripada Pakar Perubatan Kecemasan dan Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dari hospital-hospital seluruh Malaysia – khususnya dari Lembah Klang – bagi memperkukuh pengetahuan dalam pengurusan bencana dan asas CRBNE.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga ilmu yang diperoleh memberi manfaat besar dalam memperkukuh sistem respons kecemasan negara.

disaster1

disaster2

disaster3

disaster4

disaster5

disaster6