Berita
SAMBUTAN WORLD HAND HYGIENE DAY 2025 PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG
SAMBUTAN WORLD HAND HYGIENE DAY 2025 PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG
14 Mei 2025 - Hospital Selayang telah mengadakan Sambutan World Hand Hygiene Day 2025 dengan penuh semangat dan komitmen terhadap amalan kebersihan tangan yang optimum dalam penjagaan kesihatan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr. Afidah Ali, Pengarah Hospital Selayang, yang turut menekankan kepentingan budaya cuci tangan sebagai langkah utama mencegah jangkitan dan meningkatkan keselamatan pesakit.

