Pilihan Bahasa

Program Ihya’ Ramadan Hospital Selayang 2025 - Edaran Makanan Berbuka Puasa 

Program Ihya’ Ramadan Hospital Selayang 2025 - Edaran Makanan Berbuka Puasa dengan kerjasama daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

11 Mac 2025 - Program bermula pada lebih kurang 3.00pm dengan kehadiran lori dan team memasak daripada LZS yang terus beraksi memasak juadah di kawasan lobi bersalin. Seterusnya sebanyak 500-600 bungkusan makanan berjaya dipersiapkan hasil kerjasama bergotong royong oleh Ahli PKWI dan kakitangan HSEL.

Program kemudian turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Hospital Selayang, Dr Afidah binti Ali yang turut diiringi oleh Timbalan-Timbalan Pengarah, Dr Aida binti Amir , Dr Amiera binti Rusli, Encik Tan Chee Keong dan juga KPP, Dr Siti Fadhilah Agos yang seterusnya meneruskan penyampaian juadah kepada para kakitangan yang sedang bertugas bagi mereka untuk berbuka puasa. Wakil daripada LZS turut mengambil peluang beramah mesra bersama kakitangan di wad terpilih dengan menghantar juadah secara langsung kesana.

Program berakhir dengan sama-sama berbuka puasa di bilik seminar sambil menyantuni tetamu-tetamu yang hadir.

PKWI mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti ini dan semoga segala amal ibadah kita diterimaNya. Amin.

bukaposa1

bukaposa2

bukaposa3

bukaposa4

bukaposa5