Berita
Bengkel Dermatology Update 2025
Bengkel Dermatology Update 2025
Bengkel Dermatology Update 2025 telah diadakan pada 8 Januari 2025 hasil kerjasama antara Jabatan Dermatologi Hospital Selayang dan Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).
Bengkel ini dirasmikan oleh Dr. Mohd Basil bin Sulaiman, Pengarah Hospital Kuala Kubu Bharu, dan melibatkan doktor-doktor serta Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dari Jabatan Dermatologi Hospital Selayang.
Tujuan bengkel ini adalah untuk memperkasakan rakan sekerja daerah dengan pengetahuan mengenai penyakit kulit dan kemahiran asas prosedur klinikal. Inisiatif ini selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan untuk mendesentralisasi penjagaan kesihatan dan mewujudkan rangkaian bersepadu hospital pakar dan bukan pakar.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat!




