Berita
LAWATAN DELEGASI DARI RUMAH SAKIT MAKASSAR SULAWESI, INDONESIA KE JABATAN RADIOLOGI, HOSPITAL SELAYANG
LAWATAN DELEGASI DARI RUMAH SAKIT MAKASSAR SULAWESI, INDONESIA KE JABATAN RADIOLOGI, HOSPITAL SELAYANG
Selamat Datang!
Jabatan Radiologi Hospital Selayang berbesar hati menerima lawatan delegasi dari Rumah Sakit Makassar, Sulawesi pada November yang lalu.
Lawatan ini membuka ruang untuk bertukar pengetahuan, pengalaman, dan mengukuhkan kerjasama dalam bidang radiologi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan.
Lawatan turut disantuni oleh Dr. Afidah Ali, Pengarah Hospital Selayang, Dr. Mohd Fadzli Ariffin, Timbalan Pengarah Perubatan II dan Dr. Siti Fadhilah Agos, Timbalan Pengarah Perubatan IV bersama Ketua Jabatan Radiologi, Dr. Mohd Rizal Roslan.
Semoga kerjasama yang terjalin dapat meningkatkan perkhidmatan radiologi demi kesejahteraan pesakit.