Berita
KURSUS PENGENALAN AKREDITASI MSQH
KURSUS PENGENALAN AKREDITASI MSQH
Pada 14 November 2024, Hospital Selayang telah melakar satu langkah penting dalam usaha mencapai kecemerlangan perkhidmatan hospital menerusi Kursus Pengenalan Akreditasi MSQH. Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Kualiti bersama Jawatankuasa Akreditasi MSQH dan Persatuan Pendidikan Perubatan PASCA Ijazah Hospital Selayang, dengan perasmian oleh YBrs. Dr. Aida binti Amir, Timbalan Pengarah Perubatan I.
150 penyelaras dan Liaison Officer MSQH hadir dalam usaha bersama memastikan standard kualiti perkhidmatan sentiasa terjaga.
Akreditasi bukan sekadar pensijilan, ia adalah satu proses transformasi ke arah perkhidmatan yang lebih berkualiti, selamat, profesional, dan beretika. Kursus ini bertujuan:
1. Memberi pendedahan terhadap Akreditasi MSQH.
2. Memantapkan pemahaman dalam persediaan kitaran ke-5 pada 17-19 November 2025.
3. Menyokong usaha hospital dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.
Terima kasih kepada barisan penceramah yang hebat – Dr. Hj. Muhd Siv Azhar Merican, Dr. Siti Zulfa Zulkifli, Dr. Nik Nor Aniza, dan Puan Zalina Ahmad – atas perkongsian ilmu yang berharga.
Bersama, kita capai kecemerlangan!