Pilihan Bahasa

GOVERNANCE NIGHT ROUND BERSAMA PENGARAH HOSPITAL SELAYANG

GOVERNANCE NIGHT ROUND BERSAMA PENGARAH HOSPITAL SELAYANG

16 November 2024, Jam 10.00 malam - Hospital Selayang telah menganjurkan program Governance Night Round, yang melibatkan Dr. Afidah Ali, Pengarah Hospital Selayang, bersama barisan Timbalan Pengarah Perubatan dan wakil jabatan. Program ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan memastikan persekitaran hospital yang selamat dan kondusif untuk pesakit dan kakitangan.

Pemeriksaan menyeluruh dilakukan di sekitar premis hospital, merangkumi aspek kebersihan, keselamatan, dan keberkesanan perkhidmatan. Langkah ini mencerminkan komitmen Hospital Selayang dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada masyarakat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan Hospital Selayang terus menjadi pusat rawatan yang cemerlang dan selamat!

govnight01

govnight02

govnight03

govnight04

govnight05

govnight06