Berita
Mini Konvensyen untuk Clinical Audit, QA/HSA dan KIK/Inovasi
Mini Konvensyen untuk Clinical Audit, QA/HSA dan KIK/Inovasi
28 Oktober 2024 - Clinical Audit telah menjadi Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) bagi Pengarah Hospital Selayang, Dr. Afidah binti Ali bermula tahun 2024 dan melibatkan semua Jabatan Klinikal dan Jabatan Sokongan Klinikal. Clinical Audit, QA/HSA and KIK/Inovasi juga adalah sebahagian daripada Plan Of Action (POA) sama ada di peringkat hospital mahupun di peringkat JKNS. Kesemua aspek adalah penting dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit dan juga menambahbaik proses kerja dalam jabatan-jabatan di dalam hospital.
Dalam konvensyen ini, terdapat beberapa Jabatan yang terpilih untuk membentangkan projek-projek, iaitu Jabatan Fisioterapi, Jabatan Pediatrik, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Patologi, Jabatan Perubatan Am, Jabatan Anestesiologi, Jabatan Ortopedik, Jabatan Pembedahan Am, Jabatan Paliatif dan Hospital Kuala Kubu Bharu.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Pengarah, semua juri, Ahli-Ahli Jawatankuasa dan pembentang yang terlibat dalam menjayakan Konvensyen ini.






