Pilihan Bahasa

Program Seminar Kesihatan Mental dan Psikospiritual di Tempat Kerja

Bersempena Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat Hospital, Program Seminar Kesihatan Mental dan Psikospiritual di Tempat Kerja telah dilaksanakan pada 7 Oktober 2024 oleh Unit Psikologi Kaunseling selaku penyelaras utama dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Warga Islam - PKWI Hospital Selayang dan juga Jawatan Kuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI).

Program dirasmikan oleh YBrs. Dr. Aida binti Amir, Timbalan Pengarah Perubatan I, Hospital Selayang dan disertai seramai hampir 170 peserta terdiri daripada agensi kerajaan yang lain seperti Majlis Perbandaran Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dari Kuala Langat, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan tidak terkecuali juga wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Kubu Bharu.

Jutaan terima kasih juga diucapkan para penaja yang sama-sama menjayakan program ini terutamanya kepada En Sharul Azmeer, wakil ejen susu Farm Fresh yang telah memberi tajaan susu kotak untuk program ini. Tidak dilupakan juga kepada wakil dari Bank Islam Cawangan Selayang yang telah menyumbang hamper bagi sesi cabutan bertuah serta Syarikat Gardenia yang telah menyumbangkan roti untuk menjayakan lagi program.

Diharapkan usaha-usaha untuk mengetengahkan kesedaran tentang kesihatan mental sentiasa digiatkan dan dikembangkan lagi bagi memastikan kesejahteraan mental masyarakat berada pada tahap yang baik.

kaunseling1

kaunseling15

kaunseling6

kaunseling4

kaunseling7

kaunseling12

kaunseling11