Berita
Kibaran Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan ke-67
Kibaran Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan ke-67
OGOS 2024 - Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke - 67 dan Hari Malaysia yang bakal menjelang tiba, Hospital Selayang dengan sokongan Pengarah Hospital, Dr Afidah Ali menunjukkan dukungan dan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang bermula dari 1 Ogos sehingga 16 September selari dengan seruan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kibaran bendera kebanggaan Negara Malaysia, Jalur Gemilang adalah sebagai tanda menyemarakkan semangat dan jiwa merdeka oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.




