Pilihan Bahasa

Program Kursus Sembelihan & Program Ibadah Korban Peringkat Hospital Selayang 2024M/1445H

Program Kursus Sembelihan & Program Ibadah Korban Peringkat Hospital Selayang 2024M/1445H

20 Jun 2024M bersamaan 13 Zulhijjah 1445H - Program Kursus Sembelihan & Program Ibadah Korban peringkat Hospital Selayang 2024M/1445H merupakan program anjuran bersama Persatuan Kebajikan Warga Islam (PKWI) Hospital Selayang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam (PAID) Daerah Gombak, Kelab Sukan & Rekreasi, PUSPANITA & JK HMI Hospital Selayang.

Program telah bermula dengan sesi teori, Ceramah bertajuk Sembelihan Halal yang disampaikan penceramah dari PAID Gombak, diikuti dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Pengarah Hospital Selayang, Dr Afidah Ali. Ia diteruskan lagi dengan praktikal sembelihan, dimana sebanyak 30 ekor ayam disembelih sendiri oleh peserta-peserta Kursus Sembelihan dengan tunjuk ajar oleh urusetia PAIDG.

Setelah itu acara kemuncak tiba, di mana upacara Korban pun bermula dengan penyembelihan lima ekor lembu yang disertai/gotong royong oleh warga kerja Hospital Selayang dan juga waris-waris. Petugas-petugas seterusnya bersama-sama dalam aktiviti melapah, memotong & menimbang daging-daging tersebut sebelum sebahagian daging tersebut dimasak oleh pasukan tukang masak. 1/3 dari jumlah tersebut pula telah berjaya diagihkan kepada faqir miskin melalui Masjid Seri Melati, Masjid Attayyibin Taman Bidara & Masjid Selayang Pandang. Manakala selebihnya diagih kepada peserta Ibadah Korban serta petugas & pelaksana.

Semua petugas, jawatankuasa & peserta program Ibadah Korban & Kursus Sembelihan kemudian dapat bersama-sama lebih kurang selepas Zohor. Program tamat sekitar jam 3.30 petang setelah tapak program sama-sama dibersih & dikemas oleh semua yang terlibat.

Semoga Allah memberkati program yang telah dilaksanakan dengan jayanya ini & menjadi memori manis buat semua yang terlibat. Amin.

korban1

korban2

korban3

korban4

korban5

korban6