Pilihan Bahasa

LAWATAN KERJA KE HOSPITAL TANJONG KARANG (HTK) BAGI PENGUKUHAN PELAKSANAAN HOSPITAL KLUSTER LEMBAH KLANG SATU (KKV1)

LAWATAN KERJA KE HOSPITAL TANJONG KARANG (HTK) BAGI PENGUKUHAN PELAKSANAAN HOSPITAL KLUSTER LEMBAH KLANG SATU (KKV1)

28 Mei 2024 – Unit Kluster telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tanjong Karang ( HTK ) yang diketuai oleh Pengarah Hospital Selayang merangkap Ketua Kluster KKV 1 YBrs. Dr. Afidah binti Ali, dan telah disantuni oleh Pengarah Hospital Tanjong Karang YBrs. Dr. Mohd Zamri bin Wagiman @ Sain.

Lawatan ini juga turut disertai oleh Pengarah dan Pengurusan dari Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam dan Hospital Kuala Kubu Bharu.

Lawatan ini adalah bagi mengukuhkan pelaksanaan Hospital Kluster, selain membincangkan isu-isu berkaitan serta penambahbaikan kerjasama perkhidmatan antara satu sama lain.

tgkarang2

tgkarang3

tgkarang4