Pilihan Bahasa

EDARAN BUBUR LAMBUK KEPADA KAKITANGAN HOSPITAL SELAYANG

EDARAN BUBUR LAMBUK KEPADA KAKITANGAN HOSPITAL SELAYANG

 

Alhamdulillah.

Usai Jumaat tadi telah berlangsungnya program edaran bubur lambuk kepada kakitangan Hospital Selayang. Sebanyak hampir 1000 bungkus telah berjaya diedarkan baik di wad-wad, jabatan-jabatan, unit, dewan bedah, ICU, dewan bersalin, jabatan kecemasan mahupun pejabat pentadbiran dan lain-lain.

Program ini merupakan salah satu daripada gerak kerja Ihya’ Ramadhan yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Kebajikan Warga Islam Hospital Selayang, PUSPANITA cawangan HSEL, Kelab Sukan & Rekreasi juga PASCA.
Edaran bubur lambuk tadi juga turut diperolehi melalui sumbangan daripada Masjid At-Toyyibin Taman Bidara dan Masjid Al-Sharif Simpang 3 Gombak. Turut hadir sama menyampaikan adalah Pengerusi dan Wakil daripada masjid berkenaan.

Mewakili semua PKWI mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat. Termasuk kepada para penyumbang kepada Tabung Ihya’ Ramadhan. Semoga setiap amalan diganjari Allah swt sebaiknya. Selamat berbuka puasa.

Program-program sempena Ihya’ Ramadhan yang lain masih diteruskan inshaAllah. Tadarus berkumpulan, Tarawih Harian di Surau Utama, Kuliah agama mingguan, pada minggu hadapan program singgah sahur seterusnya kemuncak program pada 4/4/24 nanti iaitu Majlis Khatam Al-Quran, Wacana Minda, Majlis Ifthar Perdana dan Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan inshaAllah.

~ Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang Berbeza ~

bubur1

bubur3

bubur4

bubur6

bubur9

bubur5