Pilihan Bahasa

Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Dalam Kenderaan

Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Dalam Kenderaan

21 Mac 2024- Hospital Selayang telah menjadi tuan rumah bagi pelancaran kempen ini yang telah dirasmikan oleh YB Puan Anfaal Binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat.

Kempen yang telah dilancarkan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga, Kebajikan Masyarakat, dan Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor bersama dengan rakan-rakan kerjasama seperti Persatuan Taska Negeri Selangor, Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), dan Wanita Berdaya Selangor (WBS).

Kerajaan Negeri telah membentuk pasukan untuk menjalankan Kempen Keselamatan Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Keluarga, yang bermula dengan Kempen Keselamatan Kanak-Kanak dalam Kenderaan.

kanak5

kanak6

kanak7

kanak8

kanak9

kanak10