Berita
Taklimat Pengurusan Rekod Peringkat Hospital Selayang
Taklimat Pengurusan Rekod Peringkat Hospital Selayang
Taklimat Pengurusan Rekod peringkat Hospital Selayang bersama Jabatan Arkib Negara telah diadakan pada 11 Mac 2024 di Auditorium, Hospital Selayang.
Objektif utama bagi taklimat ini adalah bagi memberi pendedahan mengenai pengurusan rekod dari kaedah konvensional dan digital serta tatacara pelupusan rekod awam. Kepentingan dalam melakukan prosedur seperti Pewujudan, Penawanan dan Penutupan Fail dan Penyelenggaraan Rekod turut dikongsi.
Pihak Hospital Selayang mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu jemputan dari Arkib Negara Malaysia, Puan Kaszilawati binti Kasman di atas perkongsian beliau dan kepada peserta yang hadir.