Pilihan Bahasa

MINGGU KESEDARAN KANSER MULUT 2024

MINGGU KESEDARAN KANSER MULUT 2024 ( Mouth Cancer Awareness Week )


Pada 26 Februari 2024 hingga 1 Mac 2024, Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial Hospital Selayang telah menganjurkan Minggu Kesedaran Kanser Mulut di Lobi Utama, Hospital Selayang.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Selayang, Dr Afidah binti Ali diiringi oleh Dr. Lim Yee Chin selaku Ketua Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan :

  • Pemeriksaan Mulut
  • Pameran Kanser Mulut
  • Kuiz
  • Oral Cancer Virtual Walk
  • Pertandingan Mewarna

Objektif utama program yang bertemakan #JomPeriksaMulutSendiri ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kakitangan hospital dan orang awam tentang kanser mulut.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang menjayakan Minggu Kesedaran Kanser Mulut anjuran Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial Hospital Selayang!

 

kanser01

kanser05

kanser04

kanser02

kanser07