Berita
LAWATAN KERJA KE HOSPITAL TENGKU AMPUAN JEMAAH (HTAJ) BAGI PENGUKUHAN PELAKSANAAN HOSPITAL KLUSTER LEMBAH KLANG SATU (KKV1)
LAWATAN KERJA KE HOSPITAL TENGKU AMPUAN JEMAAH (HTAJ) BAGI PENGUKUHAN PELAKSANAAN HOSPITAL KLUSTER LEMBAH KLANG SATU (KKV1)
20 Februari 2024 – Unit Kluster telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) yang diketuai oleh Pengarah Hospital Selayang, YBrs. Dr. Afidah binti Ali, dan telah dialu-alukan oleh Pengarah Hospital Tengku Ampuan Jemaah, YBrs. Dr. Muhammad Aslahudin bin Samsudin. Lawatan ini juga turut disertai oleh Pengarah dan Pihak Pengurusan dari Hospital Sungai Buloh, Hospital Tanjung Karang dan Hospital Kuala Kubu Bharu.
Lawatan ini adalah bagi mengukuhkan pelaksanaan Hospital Kluster, selain membincangkan isu-isu berkaitan serta penambahbaikan kerjasama perkhidmatan antara satu sama lain.






