Pilihan Bahasa

KUNJUNGAN HORMAT PERKHIDMATAN FORENSIK KLUSTER KKV2 KE HOSPITAL SELAYANG

KUNJUNGAN HORMAT PERKHIDMATAN FORENSIK KLUSTER KKV2 KE HOSPITAL SELAYANG

05 Februari 2024 - Kunjungan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) telah disambut dan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Afidah Binti Ali, Pengarah Hospital Selayang. 

Perbincangan yang diadakan memfokus kepada isu-isu dan perkara-perkara berkaitan pengurusan forensik dan mortuari di Hospital Selayang serta tindakan yang boleh dan perlu ditambahbaik bagi memastikan warga kerja berkaitan dapat memudahkan serta melancarkan perkhidmatan kesihatan kepada pelangan Hospital Selayang.

Pihak Hospital Selayang ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap perbincangan yang telah diadakan bermakna dan memberi hasil yang positif di samping mencari penyelesaian yang terbaik untuk setiap isu dan perkara berbangkit. Ini bagi memastikan pengurusan forensik di Hospital Selayang berjalan dengan lancar dan efisien.

forensik1

forensik2

forensik3

forensik6

forensik4

forensik8