Berita
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL HOSPITAL SELAYANG BAGI TAHUN 2021-2023
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL HOSPITAL SELAYANG BAGI TAHUN 2021-2023
Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Cawangan Kecil Hospital Selayang telah diadakan di Auditorium Utama Hospital bagi melaporkan pelaksanaan aktiviti bagi tahun 2021-2023. Antara intipati mesyuarat kali ini adalah bagi melantik AJK baru bagi tempoh tahun 2024-2026 memandangkan AJK sedia ada telah tamat tempoh pelantikannya. Selain itu juga akan melantik Timbalan Pengerusi Tetap 1 dan 2 yang telah bertukar keluar dan bersara.
Sepanjang tahun 2021-2023, terdapat lebih kurang sebanyak 28 program yang telah dilaksanakan bagi menyokong prestasi kerja dan supaya mereka lebih memahami beban tugas yang ditanggung. Puspanita Cawangan Kecil Hospital Selayang mengucap terima kasih dan tahniah kepada AJK lantikan 2021-2023 atas segala sumbangan sepanjang tempoh pelantikan serta berharap AJK yang baru yang akan dilantik bagi sesi 2024-2026 akan lebih aktif dan cemerlang dalam memastikan peranan anggota wanita dan isteri anggota lelaki di Hospital Selayang dapat lebih diperkasakan.





