Berita
Mesyuarat Pengurusan Forensik Hospital Selayang
Mesyuarat Pengurusan Forensik Hospital Selayang Bersama Pengarah IPFN dan Ketua-Ketua Balai Polis IPD Gombak dan IPD Sentul Bil 2/23
Mesyuarat Pengurusan Forensik Hospital Selayang Bersama Pengarah IPFN dan Ketua-Ketua Balai Polis IPD Gombak dan IPD Sentul Bil 2/23. Turut hadir bersama adalah Ketua-Ketua Jabatan/Unit yang berkaitan.
Sesi dialog ini dijadikan sebagai satu medium komunikasi dua hala di mana sebarang persoalan dan kemusykilan diketengahkan untuk dibincangkan bersama-sama secara proaktif.
Unit Perubatan Forensik (UPF) bersama Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Pihak Polis Daerah Gombak dan Sentul & Jabatan-Jabatan bekerjsama dengan lebih efektif bagi memperbaiki proses pengurusan mayat/jenazah dan fungsi keseluruhan diantara jabatan dalam meningkatkan keberkesanan perkhidmatan Hospital Selayang.
Pihak UPF juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap perbincangan yang telah diadakan bermakna dan memberi hasil yang positif di samping mencari penyelesaian yang terbaik untuk setiap isu dan perkara berbangkit. Ini bagi memastikan pengurusan forensik di Hospital Selayang berjalan dengan lancar dan efisien.



