Berita
PROGRAM QURBAN PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG 1444H/2023M
𝟮 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟯 - Sekitar jam 7.00 pagi, telah berlangsung Program Qurban Peringkat Hospital Selayang 1444H /2023M.
Majlis dirasmikan oleh YBrs. Dr. Afidah binti Ali selaku Pengarah Hospital Selayang.
Program ini juga dijalankan secara gotong-royong yang melibatkan Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Warga Hospital (PKWI), Kelab Sukan & Reakreasi serta Warga Kerja Hospital Selayang.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada AJK yang bertungkus lumus menjayakan program qurban ini.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bersama membantu menjayakan program ibadah qurban ini.
Semoga program sebegini dapat diteruskan agar dapat mengeratkan hubungan silaturahmi diantara Warga Kerja Hospital Selayang.





