Berita
Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri Peringkat Hospital Selayang
17 Mei 2023 : Hospital Selayang telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri yang telah diadakan di Dewan dan perkarangan Kompleks Sukan Hospital Selayang. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang. Sebanyak 18 gerai yang melibatkan pelbagai Jabatan Perubatan & Pengurusan telah dibuka bagi menyediakan juadah makanan dan minuman disamping memeriahkan majlis.





