Perutusan Pengarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan laman web Hospital Selayang. Adalah menjadi aspirasi Hospital Selayang untuk menghasilkan laman web sendiri bagi memperkenalkan Hospital Selayang bukan sahaja kepada penduduk Malaysia malah turut memberi peluang kepada penduduk luar negara mengenali Hospital Selayang.
Diatas rasa prihatin dan percaya bahawa kebajikan masyarakat adalah tanggungjawab sosial yang perlu dipikul bersama, pelbagai maklumat yang berkaitan dengan Hospital Selayang dimuatkan dalam laman ini. Tujuannya adalah bagi menyatakan kepada org ramai bahawa selain berfungsi sebagai hospital yang memberi perkhidmatan, terdapat pelbagai pihak lain yang bekerja keras dalam memastikan pesakit sentiasa diberi perkhidmatan secara professional, berkualiti dan mesra pelanggan.
Akhir kata, adalah menjadi harapan Hospital Selayang bagi menjadikan hospital yang menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi mengikut peredaran masa yang semakin maju. Laman web ini adalah satu kaedah untuk merealisasikan impian tersebut.
Sekian.
(DR HJH SITI ZALEHA BT MOHD SALLEH)
Pengarah Hospital
Hospital Selayang