Physio
Pencapaian
3.1 Statistik
Nisbah jumlah pesakit dan rawatan adalah antara 1:5 dan 1:6 iaitu setiap pesakit dalam wad akan mendapat sekurang-kurangnya 4-5 modul rawatan setiap sesi rawatan. Manakala pesakit luar menerima 5-6 modul rawatan setiap sesi rawatan.
3.2 Program Wellness & Pendidikan Pesakit
3.2.1 Program Weight Management dibuat setiap minggu pada hari Jumaat. Setiap sesi maksima 15 peserta yang obes termasuk kanak-kanak.
3.2.2 Kelas Ante-Natal hanya dianjurkan sebanyak 3 kali pada tahun 2018 sehingga bulan Mac, berkolaborasi dengan Klinik O&G.
3.2.3 Program Biggest Loser dianjurkan oleh Unit OSH dibawah program KOSPEN Plus. Sesi Fisioterapi berjalan setiap dua minggu sekali selama 3 bulan secara aktif dan 3 bulan secara pasif.
3.2.4 Program MENANG (Menangani Kesakitan Kronik) diadakan 2 kali setahun, berkolaborasi dengan Chronic Pain Team. Seramai 3 Jurupulih Fisioterapi terlibat dalam program ini.
3.2.5 Kelas Arthritis diadakan pada hari Selasa dengan 10 pesakit setiap sesi. Kekerapan sesi adalah 2 kali sebulan.
3.2.6 Stroke Maintenance Class diadakan sebulan sekali pada hari Khamis dengan purata 10 orang pesakit setiap sesi.
3.3 Program Pendidikan Berterusan
3.3.1 Unit Fisioterapi mengadakan kursus An Update In Hand Rehabilitation pada 1 November 2018 melibatkan Ahli Fisioterapi Negeri Selangor.
3.3.2 CME Application Of Exercise Band In Physiotherapy Treatment pada 3 Mei 2018 di Gymnasium Dewasa, Unit Fisioterapi melibatkan Hospital Selayang dan PKD Gombak yang dianjurkan bersama Profile Technogy Sdn Bhd.
3.3.3 Sambutan World Physiotherapy Day peringkat Negeri Selangor diadakan pada 12 Oktober di Hospital Ampang bertemakan Physiotherapy & Mental Health.
3.3.4 CME Unit setiap dua minggu sekali (2018:14 sesi). Setiap anggota yang telah menghadiri kursus/seminar perlu mengadakan Eco-training.
3.3.5 Kes presentation dari setiap pelatih yang membuat latihan penempatan sepanjang tahun. (2018:32 sesi).
3.3.6 Dua orang Jurupulih Fisioterapi sedang melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda (Fisioterapi) secara PJJ, dua orang di Universiti Teeside dan seorang JPF telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran post basik paliatif .
3.3.7 Ahli Fisioterapi juga menghadiri kursus-kursus lain yang dianjurkan oleh Unit Fisioterapi Negeri Selangor. Selain itu, Ahli Fisioterapi juga menerima jemputan untuk memberi ceramah kepada jabatan atau unit lain kebanyakannya berkenaan ergonomik dan senaman.
3.4 Aktiviti Peningkatan Kualiti ( QIA )
3.4.1 2 NIA dijalankan setiap bulan.
3.4.1.1 Indikator 1; Burns Sustained During Delivery of Electrotherapeutic Modalities & Thermal Agents. Sentinel Event. (Tercapai)
3.4.1.2 Indikator 2 : Patients with Backache Achieving Highest Level of Function Within 24 visits (or 6 months period) in a Single Continuous Episode of Care. (>87% - Tercapai)
3.4.2 2 KPI dan 1 PI dijalankan setiap bulan :
3.4.2.1 KPI 1 : Patient must be seen by physiotherapist at the given appointment within 10 days (>80% - 71.61%(Purata keseluruhan - Tidak Tercapai )
3.4.2.2 KPI 2 : All in-patients must be seen by physiotherapist within 24 hours from the time of referral (100% - Tercapai)
3.4.2.3 PI 4 : Patient must be seen by physiotherapist within 30 minutes upon registration (>80% - Tercapai)
3.4.3 Kajian Kepuasan Pelanggan telah dibuat pada pertengahan tahun. Pencapaian amat membanggakan. Antara soalan dalam kajian kepuasan pelanggan adalah:
3.4.3.1 Secara keseluruhan, apakah pendapat anda tentang perkhidmatan di Unit Fisioterapi?
Perkhidmatan |
Sangat Baik |
Baik |
Sederhana |
60.00% |
40.00% |
0.00% |
3.4.3.2 Pendapat anda, kaedah perawatan Fisioterapi dapat membantu masalah kesihatan?
Keberkesanan Rawatan |
Sangat Berkesan |
Berkesan |
Sederhana |
46.00% |
51.00% |
3.00% |
3.5 Penempatan Pelatih Fisioterapi
Penempatan pelatih Fisioterapi dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB), UiTM, MAHSA dan UTAR peringkat diploma dan ijazah berjalan seperti biasa mengikut jadual yang dirancang berserta Clinical Instructor sepenuh masa.
3.6 Kenaikan Pangkat & Bersara
3.6.1 Ahli Fisioterapi
Pada bulan Ogos 2018 seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U29 telah meletakkan jawatan. Pada bulan Oktober 2018 terdapat pengisian untuk kekosongan dua jawatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi manakala seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U40 bertukar ke Hospital Sungai Buloh pada bulan November 2018 tanpa pengganti. Tiada staf yang bersara untuk tahun 2018.
3.6.2 Pembantu Perawatan Kesihatan
Tiada Pertukaran PPK untuk tahun 2018.