Language

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Fisioterapi merangkumi semua disiplin (muskuloskeletal, cardiorespiratory, neurologi, paediatrik, sports injury, men’s & women’s health, dermatologi, urologi, nefrologi, surgikal dan critical care) bagi pesakit didalam Wad dan juga Pesakit Luar. Penerimaan pesakit adalah melalui rujukan dari Pakar atau Pegawai Perubatan samada dari Wad, Klinik-Klinik Pakar, Klinik Kesihatan dan juga swasta.

Pengurusan perkhidmatan Fisioterapi bermula dari :

a. Menerima rujukan fisioterapi dari Pakar, Pegawai Perubatan
b. Penilaian awal kefungsian fizikal
c. Kenalpasti tahap kefungsian dan potensi kearah pemulihan
d. Merancang program rawatan
e. Intervensi rawatan pemulihan dengan penggunaan kaedah rawatan yang bersesuaian, tepat dan berkesan
f. Menjalankan penilaian semula rancangan rawatan dan memantau kemajuan pesakit
g. Menyediakan plan discaj pesakit setelah rawatan selesai