Urusan Permohonan Elektif Posting dan Latihan Amali
Peraturan-Peraturan Pentadbiran
- Hanya pelajar perubatan yang berdaftar dari institusi berikut layak diterima menyertai skim posting elektif.
- Institusi yang tersenarai di dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971; dan
- Institusi pengajian tinggi tempatan (awam dan swasta)
- Pelajar perlu mendapat kelulusan sebelum memulakan postng elektif. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kesihatan Negeri atau Pengarah Hospital berkenaan tidak kurang dari TIGA BULAN dari tarikh memulakan posting.
- Pelajar yang layak diterima adalah pelajar yang menduduki tahun 3 ke atas.
- Jumlah keseluruhan posting elektif tidak boleh melebihi (6) enam minggu bagi setiap tahun dari tempoh posting bagi setiap disiplin tidak boleh kurang dari (3) tiga minggu.
- Pelajar yang mengikuti posting elektif adalah tertakluk kepada semua undang-undang peraturan sedia ada dan juga mana-mana peraturan yang ditetapkan pihak berwajib dari masa ke semasa.
- Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang Lampiran 'B' dan kemukakan bersama-sama dengan surat rasmi dekan yang menyokong permohonan tersebut.