Language

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟒

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌) 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟒

𝟒 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫

Bahagian Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan kolaborasi Hospital Selayang terus pro aktif menganjurkan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) Hospital Selayang Siri 4 yang menjadi wadah memperkukuh kefahaman serta penghayatan nilai kenegaraan dalam kalangan penjawat awam.

Program ini telah dijayakan dengan pengisian Interaktif Kenegaraan dan Bicara Kenegaraan: Aku Kasih Malaysia yang telah disampaikan oleh YBrs. Encik Ahmad Shukri bin Haji Adnan, Pengarah AKM Negeri Selangor.

Menerusi pendekatan yang interaktif dan dekat dengan realiti kehidupan, peserta diajak untuk menghayati nilai kenegaraan dan kecintaan kepada Malaysia melalui pemahaman mengenai Rukun Negara, dan Perlembagaan Persekutuan selain penerapan terhadap nilai Malaysia MADANI.