Language

SEMANGAT MERDEKA, JIWA BERSAMA!

SEMANGAT MERDEKA, JIWA BERSAMA!

Sambutan Hari Kemerdekaan & Perhimpunan Bulanan Hospital Selayang bagi Bulan Ogos 2026 berlangsung dengan penuh semangat dan bermakna di Auditorium Hospital Selayang.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik yang dipimpin oleh Team Choir daripada Unit Kejururawatan, menyemarakkan suasana dan menyatukan warga Hospital Selayang dalam semangat kecintaan kepada tanah air.

Antara pengisian menarik yang turut mewarnai program ialah Kahoot Merdeka, yang menguji pengetahuan warga hospital berkaitan sejarah dan kenegaraan, diikuti dengan penyampaian sijil dan anugerah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Perhimpunan turut diserikan dengan perkongsian daripada Jabatan Pediatrik, selain pembentangan simulasi Code Blue yang menekankan aspek kesiapsiagaan, koordinasi dan tindakan pantas dalam pengurusan situasi kecemasan.

Pengisian yang pelbagai ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme, malah menjadi platform untuk warga Hospital Selayang berkongsi ilmu, menghargai pencapaian serta memperkukuh semangat kerja berpasukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Hospital Selayang yang telah bersama-sama menjayakan serta memeriahkan sambutan pada kali ini.

Semangat Merdeka terus disemai, kecemerlangan perkhidmatan terus digapai.

perhimpunan merdeka1 2

perhimpunan merdeka2 2

perhimpunan merdeka3 2

perhimpunan merdeka4 2