Berita
MedSafetyWeek 2025 Peringkat Hospital Selayang
MedSafetyWeek 2025 Peringkat Hospital Selayang
Hospital Selayang (Jabatan Farmasi & Jawatankuasa Keselamatan Pengubatan Subkomiti Hospital Selayang) dengan kerjasama Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA), turut disokong oleh Persatuan Pediatrik Malaysia, telah menganjurkan Program MedSafetyWeek 2025 Peringkat Hospital Selayang pada 8 November 2025 (Sabtu) bertempat di Lobi Utama Hospital Selayang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, dan turut dihadiri oleh Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor serta Dr. Aida binti Amir, Timbalan Pengarah Perubatan I, Hospital Selayang.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan pengamal perubatan mengenai kepentingan keselamatan pengubatan bagi kanak-kanak, sejajar dengan tema Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2025 WHO — “Penjagaan Selamat Untuk Setiap Bayi Baharu Lahir & Kanak-Kanak.”





