Language

National Hand Awareness Week and Selayang 1st Hand Symposium

National Hand Awareness Week and Selayang 1st Hand Symposium

Unit Tangan dan Mikrosurgeri, Jabatan Orthopedik Hospital Selayang buat julung kalinya telah melancarkan Minggu Kesedaran Tangan yang berlangsung pada 21–24 Oktober 2025 di Hospital Selayang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, diiringi oleh Timbalan Pengarah Perubatan I, Dr. Aida Amir, serta Ketua Jabatan Orthopedik Hospital Selayang, Dato’ Dr. Rashdeen Fazwi Mohd Nawawi.

Program ini merupakan inisiatif Unit Tangan dan Mikrosurgeri Hospital Selayang sebagai 'hand centre' bagi perkhidmatan bedah tangan di Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang kecederaan serta kondisi berkaitan tangan.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Unit Tangan dan Mikrosurgeri di bawah pimpinan Ketua Unit, Dr. Syahril Rizal bin Arsad, serta Ketua Program Minggu Kesedaran Tangan Peringkat Kebangsaan 2025, Dr. Tan Ying Ying dan semua ahli jawatankuasa atas kejayaan menganjurkan program ini buat julung kalinya.

handmicro2

handmicro1

handmicro3

handmicro4

handmicro5