Berita
PROGRAM LAKAR : Usaha Bersepadu Banteras Penyakit Kusta
PROGRAM LAKAR : Usaha Bersepadu Banteras Penyakit Kusta
Kg Menyuruk, Batang Kali, Hulu Selangor
27 Julai 2025
Jabatan Dermatologi Hospital Selayang telah dijemput oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor untuk menyertai Program LAKAR bersama Klinik Kesihatan (KK) Sungai Buloh sebagai tindak balas kepada pengesanan kes baharu penyakit Kusta di kawasan tersebut.
Seramai 50 anggota kesihatan telah digerakkan untuk menjalankan saringan ke atas 100 penduduk dari 29 buah rumah. Pelbagai perkhidmatan kesihatan turut diberikan seperti:
- Slit skin smear & bacaan slaid mikroskopi
- Biopsi kulit di lokasi
- Rawatan, rujukan & ubat pencegahan SDR
- Kaunseling & pendidikan kesihatan
Kerjasama erat antara Hospital Selayang, PKD dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) ini mencerminkan komitmen berterusan dalam membendung penularan penyakit kusta demi kesejahteraan komuniti.




