Berita
SAMBUTAN BULAN PEMAKANAN PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG
SAMBUTAN BULAN PEMAKANAN PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG
18 Jun 2025 - Sambutan Bulan Pemakanan anjuran Jabatan Dietetik dan Sajian ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan sihat dalam kalangan warga hospital dan orang awam. Pelbagai aktiviti interaktif dan pameran pemakanan turut diadakan sepanjang program berlangsung.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Nurul Amiera Asli, Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Selayang.
Tahniah dan syabas kepada Jabatan Dietetik dan Sajian atas kejayaan program dalam memupuk budaya pemakanan sihat sebagai asas kepada kesejahteraan.




