Berita
KURSUS PERSEDIAAN BENCANA LUARAN & LATIHAN TABLETOP PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG
KURSUS PERSEDIAAN BENCANA LUARAN & LATIHAN TABLETOP PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG
Kursus anjuran Jabatan Kecemasan & Trauma ini diadakan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan Hospital Selayang dalam menghadapi insiden bencana luaran. Antara fokus utama kursus ini termasuklah persediaan menghadapi situasi melibatkan bahan kimia berbahaya (chemical disasters) yang memerlukan tindakan pantas, tepat dan kerjasama antara agensi kerajaan.
Latihan tabletop yang dijalankan turut menekankan kepentingan kerjasama antara pelbagai agensi dalam menyelaras tindak balas kecemasan, selain memperkukuhkan komunikasi dan koordinasi antara jabatan.
Inisiatif ini merupakan langkah proaktif ke arah menjadikan Hospital Selayang sebagai hospital yang lebih bersedia dan responsif terhadap sebarang bentuk bencana.





