Berita
Lawatan Strategik WMDT-CBRN ke Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Selayang
Lawatan Strategik WMDT-CBRN ke Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Selayang
Hospital Selayang berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Office of Weapons of Mass Destruction Terrorism (WMDT), Amerika Syarikat bersama Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) sempena persediaan Bengkel “WMDT-CBRN Response” yang dijadualkan berlangsung pada awal September 2025.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh koordinasi dan keupayaan negara dalam menghadapi insiden melibatkan bahan Kimia, Biologi, Radiologi dan Nuklear (CBRN), serta berkongsi amalan terbaik berkaitan proses Request for Assistance (RFA) dalam bantuan antarabangsa.
Hospital Selayang komited dalam menyokong inisiatif kesiapsiagaan bencana dan kerjasama strategik antarabangsa demi kesejahteraan awam dan keselamatan negara.
