Berita
Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Hospital Selayang
Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Hospital Selayang
25 Jun 2025 - Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Selayang telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Alias bin Yeop.
Mesyuarat ini membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan pesakit serta usaha berterusan dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan hospital.
Sesi diteruskan dengan lawatan ke beberapa lokasi termasuk Klinik Pakar Aras 3 & 4 serta Jabatan Kecemasan bagi menilai keadaan semasa serta meneliti keperluan penambahbaikan secara langsung.
Pihak hospital merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan sokongan berterusan daripada Ahli Lembaga Pelawat dalam memastikan Hospital Selayang terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.



