Language

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS CHEMICAL INCIDENT PREPAREDNESS FOR HOSPITAL (HOSPREP) PROGRAMME 2025

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS CHEMICAL INCIDENT PREPAREDNESS FOR HOSPITAL (HOSPREP) PROGRAMME 2025

Pengarah Hospital Selayang, Dr. Afidah binti Ali bersama Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr. Nor Khatijah Ahmad serta kakitangan jabatan yang terlibat telah menghadiri Majlis Penutupan Kursus Chemical Incident Preparedness for Hospital (HOSPREP) Programme 2025, yang telah disempurnakan oleh YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan pada 24 Jun 2025 di Kuala Lumpur.

Program anjuran Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (NACWC), Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah dijalankan dari 18 sehingga 24 Jun 2025 di Institut Kesihatan Negara (NIH) dan Hospital Selayang serta dianjurkan di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP, Wisma Putra).

Kursus melibatkan latihan intensif 7 hari untuk meningkatkan keupayaan serantau, fokus kepada kesiapsiagaan & respons pegawai perubatan terhadap insiden kimia dan 19 peserta dari 12 negara dari Brunei, Cambodia, Sri Lanka, Mongolia, Timor-Leste, Malawi, Azerbaijan, Croatia, Turkmenistan, Palau, Nigeria dan Panama,

Penglibatan ini mencerminkan komitmen Hospital Selayang dalam menyokong usaha memperkukuh kesiapsiagaan hospital dan keupayaan pasukan perubatan dalam menghadapi insiden kimia, selaras dengan aspirasi nasional dan serantau.

chemical2

chemical3

chemical4

chemical5

chemical6

chemical9

chemical7