Language

KURSUS ORGANISASI KESELAMATAN KEBAKARAN (OKK) 4 - 5 JUN 2025 | HOSPITAL SELAYANG

KURSUS ORGANISASI KESELAMATAN KEBAKARAN (OKK) 4 - 5 JUN 2025 | HOSPITAL SELAYANG

Pihak Pengurusan Tertinggi Hospital Selayang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Selayang diatas kerjasama penganjuran bersama Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran Hospital Selayang yang dikawal selia oleh Unit Penyeliaan Hospital Selayang.

Seramai 20 kakitangan Hospital Selayang telah menyertai kursus ini, yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pasukan dalaman hospital dalam menghadapi sebarang insiden kebakaran secara pantas dan berkesan.

Kursus dikendalikan oleh PKPgB Zaidi Ahtan, Ketua Balai BBP Selayang (Taklimat Keselamatan Kebakaran Pasif & Aktif), PBK II Suhaimi & PB Farid (Latihan Kebakaran & Menyelamat Mangsa).

Terima kasih di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan dalam usaha memastikan keselamatan warga hospital dan orang awam sentiasa terpelihara.

kebakaran1

kebakaran3

kebakaran4

kebakaran5

kebakaran6