Berita
Sambutan Hari Jururawat peringkat Hospital Selayang
Sambutan Hari Jururawat Peringkat Hospital Selayang
12 Mei 2025 - Sambutan Hari Jururawat peringkat Hospital Selayang berlangsung penuh penghargaan dan semangat di Perkarangan Auditorium. Majlis telah disempurnakan oleh Matron Chitra A/P Ramasamy, Ketua Penyelia Jururawat, dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi hospital: Dr. Mohd Fadzli bin Ariffin (Timbalan Pengarah Perubatan II), En. Tan Chee Keong (Timbalan Pengarah Pengurusan) serta En. Nor Azman Ramli, Pengurus Fasiliti Radicare.
Pameran menarik turut berlangsung di Lobi Utama, disusuli lawatan ke wad, unit kritikal, Jabatan Kecemasan & Trauma serta melawat jururawat yang sedang dalam proses pemulihan di wad.
Setinggi-tinggi penghargaan buat jururawat — tulang belakang sistem penjagaan kesihatan dan wira barisan hadapan!






