Language

PROGRAM LAKAR USAHA BANTERAS PENYAKIT KUSTA

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐔𝐒𝐓𝐀

5 Mei 2025 - Jabatan Dermatologi Hospital Selayang telah dijemput oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor bersama- sama dengan Hospital Orang Asli Gombak, Klinik- Klinik Kesihatan di daerah Hulu Selangor untuk menyertai program di lapangan -LAKAR ( Latihan, Kesan, Analisa, Rawatan dan Rujukan ) di Kampong Orang Asli Tun Razak.

Usahasama ini merupakan usaha yang berterusan diantara warga kerja kesihatan di peringkat Jabatan Dermatologi Hospital Selayang dan PKD/ JKNS. Kerja- kerja mengekang penularan kusta di kalangan masyarakat merupakan satu tanggungjawab serius yang akan terus dipikul demi kesejahteraan masyarakat tempatan khususnya.

Terdapat 130 buah rumah di KOA Tun Razak dengan populasi seramai 450 orang telah disaring dalam program tersebut.
Perkhidmatan yang telah dilakukan termasuklah
1. Slit skin smear dan bacaan slaid mikroskopi
2. ⁠On site skin biopsy
3. ⁠Rawatan dan rujukan
4. ⁠Kaunseling dan pendidikan
5. ⁠Single Dose Rifampicin (SDR)

kusta1

kusta2

kusta4

kusta6

kusta7

kusta8