Language

Majlis Penyampaian Sumbangan dan Iftor Perdana

Majlis Penyampaian Sumbangan dan Iftor Perdana

26 Mac 2025 - Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas kelancaran Aktiviti Kemuncak Ihya’ Ramadan Hospital Selayang 2025 – Majlis Penyampaian Sumbangan dan Iftor Perdana. Majlis yang dihadiri hampir 200 tetamu ini berlangsung meriah dengan kehadiran Pengarah Hospital Selayang, Dr. Afidah Ali, pihak pengurusan, persatuan kakitangan, penaja, serta anak-anak yatim dan golongan istimewa yang diraikan.

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan, diikuti penyampaian sumbangan, tayangan montaj program Ihya’ Ramadan, dan berbuka puasa bersama.

Ucapan terima kasih kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk Seminar Fiqh Puasa, Tadarus Al-Quran, Solat Tarawih, Edaran Bubur Lambuk, Singgah Sahur, Khatam Al-Quran, dan banyak lagi.

Semoga segala usaha ini diberkati dan kita terus beramal hingga akhir Ramadan. Jumpa lagi di Ramadan akan datang, Insya-Allah!

sumbangan1

sumbangan2

sumbangan3

sumbangan4

sumbangan5

sumbangan6