Language

Program Back To School

Program Back To School

5.2.2025 (Rabu) - Sukarelawan Hospital Selayang dengan kerjasama Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Selayang telah mengadakan Program Back To School kepada pesakit kanak-kanak di Wad Pediatrik yang akan memulakan Sesi Persekolahan 2025 pada 17 Febuari 2025 nanti. Program telah diadakan di Sekolah Dalam Hospital Selayang dan dihadiri tetamu kehormat Tuan Mohd Montazeri bin Nordin, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 11 dan Wakil Pengurusan Tertinggi Hospital Selayang iaitu Dr. Aida binti Amir, Timbalan Pengarah Perubatan 1, Hospital Selayang. Seramai 30 orang pesakit kanak-kanak yang masih di alam persekolahan menerima Baucer Pembelian Barangan Persekolahan di Pasaraya Mydin bernilai RM100 seorang hasil sumbangan yang diperolehi hasil usaha ahli-ahli Persatuan Sukarelawan Hospital Selayang.

Tidak lupa juga, sumbangan beg goodiest dan ang pow sempena Sambutan Tahun Baru Cina telah diberikan kepada semua pesakit kanak-kanak di Wad 8A, 8B dan 8C.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak-pihak yang terlibat seperti para penyumbang dan ahli Sukarelawan Hospital Selayang yang telah menghadiri program pada hari ini.

SDH1

SDH22

SDH3

SDH4

SDH5