Language

MAJLIS PERASMIAN SEMINAR KESEDARAN JENAYAH SCAM

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐒𝐂𝐀𝐌

"PENUAAN BERMARUAH: MEMPERKUKUH SISTEM PENJAGAAN DAN SOKONGAN WARGA EMAS,"

Majlis Perasmian Seminar Kesedaran Jenayah Scam di Kalangan Warga Emas, Remaja dan Anggota Hospital telah berlangsung dengan jayanya pada 11 November 2024 di Auditorium CME, Hospital Selayang. Program anjuran Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Selayang ini mendapat kerjasama dari Unit Geriatrik, Kelab Pencegahan Jenayah Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia, dan Persatuan Sukarelawan Hospital Selayang.

Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Johnny Ch’ng Ewe Gee, Pengerusi Kelab Pencegahan Jenayah, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Encik Tan Chee Keong, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Selayang, turut hadir mewakili pihak hospital.

Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai ancaman jenayah scam, khususnya di kalangan warga emas dan remaja. Ini selari dengan tema Hari Warga Emas Sedunia, “Penuaan Bermaruah: Memperkukuh Sistem Penjagaan dan Sokongan Warga Emas”, yang menekankan pentingnya melindungi warga emas daripada ancaman jenayah yang berleluasa.

Semoga seminar ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada semua yang hadir.

scam1

scam2

scam3

scam4

scam5

scam6

scam7

scam9

scam8