Berita
Bengkel Program Perolehan Organ dan Tisu Hospital Selayang
Bengkel Program Perolehan Organ dan Tisu Hospital Selayang
Bengkel Program Perolehan Organ dan Tisu Hospital Selayang telah dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak pada 22 Oktober yang lalu.
Taklimat Pendermaan Organ melibatkan agensi seperti (PDRM) bagi memperkasakan Program Pendermaan Organ disamping membincangkan kes-kes berpotensi bagi tujuan pendermaan organ.
Pihak / Wakil yang turut terlibat dari Hospital Selayang adalah terdiri daripada Unit Perolehan Organ dan Pakar Perunding Anestesia & Rawatan Rapi, Unit Perubatan Forensik, Unit Kejururawatan dan Unit Penjagaan Kesihatan Spiritual dan Hal Ehwal Islam serta Institut Perubatan Forensik Negara.
Ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Pengurusan (IPD) Gombak diatas program yang lancar dan interaktif serta pihak-pihak lain yang berkenaan di atas perbincangan dijalankan.



