Language

Penyediaan Pelan Bencana Radiasi Hospital Selayang

Penyediaan Pelan Bencana Radiasi Hospital Selayang

Jawatankuasa Bencana Luaran Hospital Selayang dengan kerjasama Jabatan Radiologi Perkhidmatan telah dipertanggungjawabkan dalam penyediaan Pelan Bencana Radiasi Hospital Selayang.

Kursus Pengurusan Bencana Radiasi diadakan pada hari ini bagi semakan semula Pelan Tindakan Bencana Radiasi. Kursus ini melibatkan sebanyak 60 orang peserta yang terdiri daripada doktor pakar, pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan, pemandu, perhubungan awam (PRO), telefonis, juru x-ray, pegawai keselamatan dan medikal fizik. Peserta juga terdiri daripada pegawai perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak dan Hospital Kuala Kubu Bharu.

Kursus ini turut melibatkan pengurusan bencana peserta yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Jabatan Atom.

Pihak Hospital Selayang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam pelaksanaan program ini.

bencana1

bencana2

bencana3

bencana4

bencana5

bencana6