Language

SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG

SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG

16 Ogos 2024 - Tema sambutan pada tahun ini adalah “Rapatkan Jurang: Sokong Susu Ibu Sepenuhnya”. Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia tahun ini memfokuskan penyusuan bayi bagi ibu bapa berkerjaya.

Bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dan Jabatan Pediatrik mengadakan majlis sambutan bertempat di Auditorium Hospital Selayang dan majlis dirasmikan oleh Ybrs. Dr. Afidah Binti Ali, Pengarah Hospital Selayang.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ybrs. En. Ng Chee Kai, Penolong Pengarah Kanan , Unit Pemakanan Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Ybrs. Puan Noorlita Binti Samion, Penyelia Jururawat Pusat Laktasi Kebangsaan serta Ybrs. Dr. Ida Mariana Binti Idris, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi bagi mewakili Hospital Sungai Buloh

penyusuan01

penyusuan05

penyusuan06

penyusuan04

penyusuan10

penyusuan07

penyusuan09

penyusuan08