Berita
Majlis Perpisahan Dr. Siti Zufina Abd Samah di Villea, Port Dickson
Majlis Perpisahan Dr. Siti Zufina Abd Samah di Villea, Port Dickson
29 & 30 Jun 2024 - Majlis Perpisahan Dr. Siti Zufina Abd Samah, Mantan Timbalan Pengarah Perubatan II telah berlangsung pada Sabtu, 29 Jun 2024 di Villea, Port Dickson. Acara tersebut dihadiri oleh seramai 100 kakitangan Hospital Selayang yang dianjurkan oleh Pihak Pengurusan Hospital Selayang bersama Puspanita Cawangan Kecil Hospital Selayang dan Kelab Sukan & Rekreasi Hospital Selayang.
Cabutan bertuah dan pertandingan nyanyian turut diadakan untuk meraikan perpisahan ini, sementara tayangan montaj Memori Tercipta Dr. Siti Zufina turut disaksikan oleh tetamu yang hadir. Pada hari berikutnya, program hiking di Taman Eko-Rimba Tanjung Tuan, Port Dickson telah dijalankan.
Pengurusan Pentadbiran dan seluruh kakitangan Hospital Selayang mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Siti Zufina Abd Samah yang telah bersara secara pilihan selepas telah menaburkan jasa dan baktinya kepada Hospital Selayang.





