Language

MAJLIS PERASMIAN GYM DAN GELANGGANG FUTSAL KELAB SUKAN DAN REKREASI HSEL

MAJLIS PERASMIAN GYM DAN GELANGGANG FUTSAL KELAB SUKAN DAN REKREASI HOSPITAL SELAYANG

21 JUN 2024 - Sejarah tercipta sambutan penuh gilang gemilang upacara Majlis Perasmian Gym dan Gelanggang Futsal Kelab Sukan dan Rekreasi Hospital Selayang telah dirasmikan oleh Dr Afidah Ali, Pengarah Hospital Selayang dan diiringi oleh pengerusi Kelab sukan dan Rekreasi Hospital Selayang , Dr Mohd Rizal Roslan serta Timbalan - Timbalan Pengarah Perubatan.

Setelah lebih 25 tahun sejak Hospital Selayang mula beroperasi pada tahun 1998, Kelab Sukan & Rekreasi Hospital Selayang bersama pimpinan dan jawatankuasa yang baru dengan bangga telah melakar sejarah dengan membuka sebuah gimnasium serba lengkap dan arena futsal untuk kegunaan semua warga kerja Hospital selayang yang mendaftar sebagai ahli kelab sukan & rekreasi.

Dengan kesibukan tugas hakiki masing-masing di hospital, warga kerja hospital sering kali tidak berkesempatan untuk beriadah atau menyertai apa-apa aktiviti sukan. Dengan adanya kemudahan fasiliti tambahan seperti gelanggang futsal dan gym ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga kerja Hospital Selayang khususnya kepada ahli kelab yang telah berdaftar.

Inisiatif yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kelab Sukan dan Rekreasi pada hari ini merupakan salah satu usaha untuk menggalakkan warga kerja Hospital Selayang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif sejajar dengan visi Malaysia Madani dan matlamat sukan negara pada tahun 2030.

Dengan rasminya pembukaan gelanggang futsal dan gym yang akan dikenali dengan nama MR Futsal Arena dan MR Gym. Semoga fasiliti yang disediakan ini dapat digunakan sebaiknya dan dijaga dengan baik.

Syabas dan tahniah pada Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan & Rekreasi sesi 2024!

gym3

gym1

gym2

gym4

gym5

gym8