Berita
Chemical Incident Preparedness for Hospital (HOSPREP)
Chemical Incident Preparedness for Hospital (HOSPREP)
YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penutup Chemical Incident Preparedness for Hospital (HOSPREP) 2024 di Selayang.
Kursus yang berlangsung dari 10 sehingga 13 Jun 2024 adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesiapsiagaan doktor dan paramedik dalam menghadapi insiden kimia di hospital. Selain itu, peserta juga dapat memahami kesan toksikologi sebagai agen senjata kimia serta dapat meningkatkan kesediaan petugas kesihatan dalam mengharungi situasi berbahaya dengan cekap.
Kursus ini dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi iaitu National Institute of Health (NIH), Malaysian Technical Cooperation (MTCP), National Authority Chemical Weapons Convention (NACWP) dan Hospital Selayang. Selain peserta dari seluruh Malaysia, kursus ini juga dihadiri oleh peserta yang merupakan Pegawai Perubatan dan Paramedik dari Brunei, Indonesia, Timor Leste, Palau, Vietnam, Mongolia dan Maldives.
Turut hadir YBrs. Tuan Devrin Jeck, Setiausaha Bahagian Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri, YBrs. Dr. Raja Subramaniam, Setiausaha Bahagian Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia, Kementerian Luar Negeri dan Datin Dr Mona Lisa binti Md. Rasip, Ketua Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Institut Penyelidikan Perubatan.





